Isu dan kontroversi P._Kamalanathan


Bukan calon pilihan raya Hulu Selangor

Pada mulanya beliau bukanlah pilihan Presiden MIC, Tan Seri Samy Vellu atau pilihan UMNO Hulu Selangor kerana Samy Vellu awal-awal lagi mencadangkan satu nama sahaja dari MIC iaitu Datuk G. Palanivel yang merupakan Timbalan Presiden MIC, Ketua MIC Selangor dan Ketua MIC Hulu Selangor, bakal Presiden MIC pada waktu itu.

Akan tetapi pemimpin UMNO Selangor mahukan G. Palanivel diganti dengan pemimpin MIC yang lebih segar atau pilih sahaja pemimpin UMNO kerana kawasan ini majoritinya Melayu. G. Palanivel telah berkhidmat selama 4 penggal (1990-2008) dan tentu ada serba serbi kekurangan. Beberapa pemimpin cawangan MIC dikatakan akan membubarkan cawangan jika G Palanivel tidak dipilih. Palanivel akan menjadi Presiden MIC, kemungkinan besar dalam masa 13-14 bulan lagi. Samy Vellu masih mengharapkan Palanivel dipilih kerana dia akan berjumpa dengan Datuk Seri Najib Tun Razak sekembali dari Washington. 30 daripada 72 ketua cawangan MIC berkumpul di ibu pejabat MIC Hulu Selangor di Kuala Kubu Baru menyokong Palanivel.[3]

Malah Samy Vellu dan Majlis tertinggi MIC memecat V Mugilan. Nama Mugilan lebih disenangi. Beliau merupakan Ketua Pemuda MIC Bahagian Hulu Selangor dan Naib Ketua Pemuda MIC Pusat serta anak didik G Palanivel. Sebagai jalan penyelesaian, Palanivel bolehlah memilih kerusi selesa yang lain. Ini juga bermakna MIC akhirnya berjaya meletakkan calon partinya, dapat jawatan Timbalan Menteri dan satu kerusi Senator.